Tuesday, January 31, 2017

Review buku : The Lost World

For this entry and In Shaa Allah, a few next entries, aku akan buat review pasal buku yang aku dah baca. Mostly buku yang aku baca are under 'horror', 'mystery' or 'thriller' category. Novel cintan cintun for me is a no-no. So harap maklong :)


The Lost World


Tajuk          : The Lost World

Penulis        : Helmi Effendy

Muka surat  : 721

Harga          : RM 28

Buku ini      : 




Sesuai untuk mereka yang :
  • Suka Jurassic Park, sebab ada pasal dinasour
  • Suka sci-fi
  • Peminat plot twist yang ekstrem

Sinopsis :

Tema utama cerita ni adalah sci-fi di mana satu kesalahan daripada saintis menyebabkan eksperimen dorang gagal and membawa kemusnahan terhadap seluruh pulau yang ada dlm cerita ni. Jadinya, pulau tu dibiarkan terbengkalai. 

Tak lama lepas tu, sekumpulan kawan dalam perjalanan dalam airplane nak pergi ke Pulau Langkawi. Something happened on the way and the airplane crashed. Lepas terhempas tu, semua terpisah antara satu sama lain sebab airplane tu pecah dua so satu bahagian kat sini and the other part kat tempat lain. Dalam perjalanan dorang nak carik antara satu sama lain tu, dorang dapat discover apa yang ada kat pulau ni. Masa ni lah terjumpa dengan dinasour2 yang merupakan penghuni pulau tu semenjak pulau tu ditinggalkan. So bermulalah episod survival

Tinggalan-tinggalan pulau yang masih ada, dorang siasat and lastly, misteri pulau tu pun terbongkar. Yang menjadi kejutan at the end of this novel, ada plot-twist. Rupanya watak 'Qarin' yang membawa imej jahat and misteri dalam novel ni adalah salah seorang dari watak utama iaitu Afiq yang datang dari masa depan. Apa tujuan dia datang? Apa yang dia nak? 

Dan lagi menambahkan unsur saspens and a bit of confusion adalah rupanya watak2 dalam novel ni semuanya dah mati. Yang terselamat dari pulau ni hanyalah seorang. Tekalah siapa? Ya, Afiq. Antara kawan2 dia, ada seorang perempuan yang dia sayang and cinta. Sayangnya, perempuan tu yang namanya Ummu Habibah turut mati bersama kawan2 dia yang lain. Jadi korang agak2 apa tujuan Afiq datang balik ke masa lalu? 

Supaya dia dapat berjumpa dengan Ummu Habibah, perempuan yang dia sayang and sanggup buat apa sahaja untuk selamatkan perempuan ni dengan tujuan untuk sehidup semati dengannya. Tapi malangnya, tak ada siapa yang mampu mengubah takdir

Ya, Afiq memang hebat sebab mampu memanipulasi waktu sampai dia boleh kembali ke waktu setahun yang lalu. Manusia merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah mengatasi segala-galanya. So in the end dia masih tak dapat memiliki Ummu Habibah sebab akhirnya, dia yang menjadi korban atas keberanian dia 'bermain' dengan masa.


Ulasan :




Overall, aku bukan peminat cerita yang ada dinasour so masa memula baca novel ni, aku agak menyesal lah kan. Dahlah tebal, so rasa cam lama je nak habiskan novel ni. Tapi lama-lama baca, dah sampai tengah novel ni, baru rasa seronok nak baca sebab selain dinasour and sci-fi, novel ni sangat menekankan persahabatan. Dalam novel ni korang boleh rasa yang watak dalam cerita ni sangat menjaga and sayang dekat kawan2 dia. Sampai sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk selamatkan kawan2 yg hilang. Ada jugak watak yang pada mulanya korang rasa annoyed sebab perangai dorang, tapi at the end, akan diterangkan sebab kenapa dorang jadi mcm tu and perasaan kesian tu pun datang dekat watak tu. 

Pasal ngeri pulak, ada sikit2 je lah bagi aku. Jangan risau, it's not even close to Final Destination. Sebab kalau mcm FD, aku dah campak buku ni jauh2. Geli beb huhu

Ada jugak diselitkan cerita mistik atau senang cerita, cerita hantu lah. Tapi boleh dikatakan novel ni 80% Sci-fi and the rest of 20% je yang ada pasal seram-seram and hantu-hantu ni. Sikit je kan? tak cukup lah untuk buat aku rasa takut untuk pergi toilet memalam huhu.

Tapi aku salute dengan penulis ni sebab dia boleh explain satu2 kejadian yg kebanyakan bermain dengan plot twist. Pening sikit lah kan nak faham, dah nama pun plot twist. Memang twist habis lah huhu.

Apa pun, part favourite aku adalah ending dia and of course, plot twist dia. Masa ni lah baru faham apa yang jadi masa awal2 novel ni.



Ringkasan plot novel ini

Secara kesimpulannya, 

Luaran buku     :  ðŸ’—💗💗💗💗

Cara penulisan  : 💗💗💗💗

Tema cerita       : 💗💗💗

Ending              :  ðŸ’—💗💗💗


Alright, itu lah first review yang aku buat, kalau tak best jangan kecam because I'm no professional. Sebarang komen untuk penambahbaikan boleh tulis kat bawah. Okay, see ya in next entry 😊